29 July 2014 2:02 pm
Langkah Berterusan Memerangi Selesema


Pemantauan Berterusan
Penghasilan vaksin
Dadah antiviral

Pengenalan awal terhadap perubahan kepada virus selesema dan penghasilan segera vaksin yang berkesan adalah kunci untuk bertahan dari selesema setiap tahun, dan tindakan terhadap kemungkinan berlakunya penularan wabak. Pusingan pemantauan dan penghasilan vaksin adalah proses yang tidak berkesudahan.


Pemantauan Berterusan

Barisan pertahanan yang utama terhadap selesema adalah sistem pemantauan sedunia yang dikawal selia oleh WHO. Sistem ini membolehkan usaha pengenalan terhadap perubahan virus selesema yang tersebar dan virus selesema A yang baru dilakukan dengan secepat mungkin.

Usaha untuk mengenali variasi virus selesema yang tersebar ?? samaada yang telah diketahui ataupun yang baru ?? dilaksanakan oleh jaringan sedunia merangkumi 110 Pusat Selesema Kebangsaan dan pelbagai makmal WHO di 83 negara. Pusat Rujukan Kerjasama untuk Selesema di London, Atlanta, Melbourne dan Tokyo mengawal selia sistem tersebut, dan menganalisa secara menyeluruh semua contoh virus yang telah diasingkan dan diambil dari 180 makmal.

Setiap tahun, virus selesema yang diasingkan dari makmal-makmal di Amerika Syarikat dan seberang laut dihantar ke Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Atlanta. Ujian dilakukan untuk mengenalpasti kandungan antigen dan molekul virus-virus itu. CDC memeriksa virus-virus berkenaan untuk mengenalpasti virus selesema yang paling berpotensi untuk menular, dan keupayaan mereka untuk mengakibatkan wabak. Mereka kemudiannya membentangkan maklumat ini pada perjumpaan tahunan yang diadakan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) dan WHO supaya ia boleh digunakan untuk menghasilkan vaksin untuk musim selesema yang berikutnya.

Semasa bulan Januari sehingga Mac, Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) dan CDC mengendalikan proses untuk mengenalpasti variasi virus mana yang akan dipilih untuk penghasilan vaksin di Amerika Syarikat.

Tambahan pula, CDC memantau secara aktif aktiviti penyakit di Amerika Syarikat dan kematian berkaitan dengan selesema dari bulan Oktober hingga Mei setiap tahun. Maklumat ini dikeluarkan setiap minggu dalam ringkasan pemantauan selesema.


Penghasilan vaksin

Cara terbaik untuk mencegah dan mengurangkan tahap bahaya selesema ialah dengan menghasilkan, mengedarkan dan menggunakan vaksin selesema dengan segera. Vaksin selesema yang digunakan setiap tahun ialah vaksin tiga serangkai yang telah dinyah aktifkan. Ini bermakna vaksin selesema mengandungi tiga virus selesema yang telah dinyah aktifkan atau dimatikan, yang bertindak sebagai pelindung kepada tiga variasi virus selesema yang berbeza (satu variasi selesema B dan dua variasi selesema A). Disebabkan vaksin yang telah dilesenkan adalah vaksin yang dinyahaktifkan, vaksin selesema tidak boleh mengakibatkan selesema ?? satu persepsi yang salah. Tahap keberkesanan vaksin tiga serangkai ini bergantung kepada kepadanan antara variasi virus yang tersebar dan virus di dalam vaksin. Walaupun tidak ada jaminan yang variasi virus yang dipilih untuk vaksin akan sama dengan yang tersebar pada musim selesema itu, tahap kepadanan antara variasi dan kandungan vaksin adalah dalam lingkungan 90 peratus.

Proses pemilihan variasi vaksin memerlukan maklumat pemantauan yang dilakukan sepanjang masa. Pada akhir bulan Januari setiap tahun, Jawatankuasa Penasihat Vaksin dan Produk Biologi yang Berkaitan (VRBPAC) FDA akan mengkaji maklumat pemantauan sedunia. Jawatankuasa ini lazimnya akan membuat saranan awal tentang sekurang-kurangnya satu dari tiga variasi yang akan dimasukkan ke dalam vaksin. Pada pertengahan bulan Februari, WHO telah menyiapkan pemeriksaannya dan akan membuat saranan untuk vaksin Hemisfera Utara. WHO akan mengulangi proses ini pada bulan September untuk saranan vaksin Hemisfera Selatan. Pada bulan Mac, VRBPAC akan bersidang untuk membuat saranan secara rasmi untuk vaksin selesema Amerika Syarikat.

Sementara proses pemilihan variasi vaksin sedang berlangsung, empat pengeluar vaksin selesema berlesen di Amerika Syarikat mula bersedia untuk penghasilan vaksin. Oleh kerana virus vaksin dibesarkan dalam telur, pengeluar mesti membeli telur-telur yang secukupnya untuk menghasilkan lebih 80 juta dos vaksin. FDA menyediakan bahan virus yang khusus untuk digunakan oleh pengeluar bagi menghasilkan vaksin. Semasa proses penghasilan vaksin, kandungan virus yang hidup akan dimatikan supaya vaksin itu tidak menyebabkan manusia terkena penyakit selesema. Semasa ini juga FDA mengkaji semua maklumat keselamatan. Langkah-langkah terakhir penyediaan vaksin termasuk pengeluaran dan pembotolan, pengedaran kepada agen pengedar vaksin, dan penggunaan ke atas pesakit. Semua proses tersebut mestilah diselesaikan untuk kempen vaksinasi yang bermula hujung September.

Kerjasama yang rapat antara pihak berkuasa kesihatan negeri dan tempatan, syarikat-syarikat persendirian, CDC, FDA dan pengeluar vaksin telah menghasilkan rancangan pengedaran vaksi yang berjaya setiap tahun. CDC dan Jawatankuasa Penasihat untuk Langkah Imunisasi (ACIP) mengeluarkan saranan setiap tahun untuk mencegah dan mengawal selesema. ACIP menyarankan vaksin diberikan kepada semua orang yang berusia 6 bulan ke atas, yang mempunyai risiko yang semakin tinggi terhadap komplikasi selesema. Golongan yang berisiko tinggi termasuk mereka yang berusia 65 tahun ke atas; penduduk rumah orang-orang tua dan pusat penjagaan kesihatan kronik; orang dewasa dan kanak-kanak dengan penyakit paru-paru, hati, metabolik, ginjal dan sistem imunisasi yang kronik; dan wanita yang dalam peringkat kedua dan ketiga proses mengandung semasa musim selesema. Vaksin selesema juga perlu diberikan kepada mereka yang berkaitan rapat dengan golongan yang berisiko tinggi, seperti pekerja penjagaan kesihatan, ahli keluarga mereka, dan mereka yang lain seperti pembantu perubatan amal. Usaha vaksinasi ke atas golongan yang berkait rapat adalah untuk mencegah pemindahan virus selesema kepada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi serius selesema. Vaksin selesema juga perlu diberikan kepada semua orang yang ingin mengurangkan kecenderungan untuk jatuh sakit dengan selesema.


Dadah antiviral

Selain dari vaksin, dadah antiviral juga ada untuk mencegah dan merawat selesema. Kini terdapat dua jenis dadah berkenaan ?? penghalang amantadines dan neuraminidase. Dadah jenis amantadines (amantadine dan rimantadines) telah diluluskan untuk merawat selesema A sahaja. Penghalang neuraminidase (zanamivir dan oseltamivir) pula diluluskan untuk merawat selesema A dan B. Tambahan pula oseltamivir juga diluluskan oleh FDA untuk mencegah penyakit dari jangkitan selesema.

Untuk mencegah selesema, dadah-dadah antiviral mesti diambil secara berterusan sebelum jangkitan terjadi. Bila digunakan untuk mengurangkan kesan selesema ke atas mereka yang sudah dijangkiti, dadah-dadah antiviral mesti diambil dalam masa dua hari selepas terdapat tanda-tanda selesema. Perlu diketahui bahawa dadah-dadah antiviral mempunyai kesan sampingan yang serius.

Dalam keadaan bebas wabak, dadah-dadah antiviral berguna untuk menolong mengawal penyebaran jangkitan dalam rumah orang-orang tua, di mana mereka boleh jatuh sakit dengan selesema dan mendapat komplikasi yang serius. Tambahan pula, antiviral berkenaan juga berguna untuk mencegah selesema di dalam individu yang mempunyai sistem ketahanan yang lemah, iaitu mereka tidak akan bertindakbalas terhadap vaksin, ataupun mereka yang menunjukkan tindak balas negatif kepada vaksin. Terdapat perbezaan yang penting antara dadah-dadah antiviral selesema, termasuk usia, pengenalan yang sah, kesan sampingan dan kos. Pengamal perubatan profesional perlulah dirujuk bila dadah-dadah berkenaan digunakan.

Semasa penularan wabak, dadah-dadah antiviral memainkan peranan yang penting, tetapi agak terhad. Panduan sedang dihasilkan untuk menggariskan bagaimana dadah antiviral perlu digunakan semasa penularan wabak berlaku.



Carian Terperinci
Mengenai Selsema Burung
 » Pengenalan
 » Fakta Penting
 » Penyebaran
 » Jangkitan Pada Manusia
 » Langkah Berterusan Memerangi Selesema
 » Pencegahan
Media
Galeri
Pertanyaan